mcmc
Persatuan Wanita

Wanita Hari ini

Di Saratok, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Melango Baru antara yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti jika dibandingkan dengan kampng-kampung yang lain. Kebiasaannya, jika PPWS cawangan Kampung Melango menganjurkan sebarang aktiviti, PPWS kampung-kampung yang lain turut terlibat menjayakan aktiviti tersebut. Kerjasama begini menggalakkan lagi persefahaman antara cawangan-cawangan PPWS di sini.

Selain PPWS, Di Saratok juga terdapat Pertubuhan Ibu Tunggal. Pertubuhan ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan golongan ibu-ibu tunggal di Saratok. Memandangkan pertubuhan ini masih baru, operasinya agak kurang aktif. Aktiviti yang diadakan cuma perjumpaan untuk ahli-ahli selain menerima pendaftaran baru. Menurut Puan Lela Hj Ali, Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Saratok, persatuan ini kurang mengadakan aktiviti kerana setiap ahli agak sibuk dengan urusan masing-masing termasuklah beliau sendiri.

Persatuan Anak Seni Saratok yang diketuai oleh isteri Ketua Kampung Hj Jamahari bin Hj Gom, Puan Mariah binti Borhan juga merupakan persatuan wanita yang aktif di Saratok. Penglibatan persatuan ini dengan apa-apa porgram anjuran pihak pentadbiran Saratok sangat aktif selain kerjasama yang baik mereka berikan.

Walaupun demikian, pertubuhan yang melibatkan golongan wanita di Saratok banyak memberi peluang dan ruang kepada golongan wanita di Saratok untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan di Saratok. Secara tidak langsung, penglibatan golongan wanita sedikit sebanyak turut menyumbang baik tenaga, idea dan tanggungjawab mereka. 

 

 18222071 452760945116241 3154605329162325787 n 

      18301043 452762025116133 7273791259890374385 n    

  25659698 570841133308221 128554485868289496 n

 26001338 570840726641595 585225021526350150 n

Penglibatan Wanita Dengan Aktivit Setempat