mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Ketiga Bagi Suku Tahun Pertama (2020)

farahadiba1

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Puan Farah merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 2 orang anak dan masih menunggu peluang pekerjaan. Sebagai seorang yang bermotivasi, beliau mengusahakan perniagaan pelbagai jenis makanan berupa lauk-pauk dan kuih-muih dengan membuka gerai di hadapan rumah sejak setahun yang lalu sebagai pendapatan sampingan.

Bermula menjual masakan sendiri dan keluarga, perniagaan beliau semakin berkembang baik apabila ramai pengusaha produk makanan lauk-pauk dan kuih-muih menghantar produk mereka untuk dijual di gerai jualan Puan Farah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Aktiviti jualan berlangsung secara langsung, pesanan dan promosi dibuat menerusi pesanan dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Aktiviti jualan dan promosi menjadi rancak dan mudah dengan penggunaan ICT iaitu media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Kemahiran Keusahawan atas talian memudahkan proses mempromosi produk jualan dan pembeli mudah membuat tempahan pembelian awal menerusi pesanan di FB ataupun WhatsApp.

Pusat Internet membuka peluang dengan menyertai aktiviti jualan ketika program-program anjuran Pusat Internt bersama komuniti seperti membuka booth jualan semasa Program Hari Bersama Komuniti.

 

Antara aktiviti keusahawanan anjuran PI Fort Renee yang beliau sertai

faraadiba2

Produk Transformasi

faraadiba3

Medium Jualan