Kisah Kejayaan
Latar belakang
Puan Sharifah Rubina telah lama terlibat dalam aktiviti perniagaan secara langsung mahupun secara membuka tempahan makanan (open order) kepada kenalan dan komuniti Saratok berdekatan. Terbaru, beliau menajdi agen menjual minyak wangi jenama Sugarbomb.
Merupakan seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Suami beliau bertugas sebagai jaga di sekolah dan berniaga merupakan sumber pendapatan sampingan untuk beliau selain membantu meningkatkan pendapatan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Aktiviti jualan dan promosi hanya secara terus dari mulut ke mulut dan pemberitahuan secara langsung. Penggunaan ICT terhad kerana kurang tahu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kemahiran keusahawanan dipertingkatkan dengan penggunaan ICT. Aktiviti promosi dan menjual lebih mudah, cepat dan terus dengan adanya pengetahuan menggunakan ICT.. Penggunaan media sosial sangat memberi faedah seperti berkongsi gambar produk, membuka tempahan dan berkongsi info dengan tujuan untuk mempromosi perniagaan
Antara aktiviti Keusahawanan yang terlibat
Hasil/produk transformasi
Antara medium jualan