Nama : Baienah Binti Saleh
Umur : 40 tahun
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Puan Baienah merupakan seorang peniaga yang menjual produk runcit secara kecil-kecilan di rumahnya. Beliau juga mengusahakan perkhidmatan baik pulih kasut, mengumpul botol minuman mineral kosong, menjual hasil jahitan tampung seribu dan menjual anak benih pokok bunga di tapak jualan di Market Saratok. Mengusahakan jualan secara pelbagai dan kecil-kecilan merupakan pendapatan beliau untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau buta ICT namun peredaran masa, penggunaan WhatsApp dan Facebook ada cuma tidak dipraktikan secara baik untuk perniagaan kerana internet yang terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Mula tahu penggunaan ICT untuk mengembangkan aktiviti jualan dan promosi secara mudah dan cepat. Menggunakan komputer untuk menghasilkan gambar prduk yang menarik. Menggunakan ICT untuk meningkatkan kemahiran keusahawan. Kelas dan latihan anjuran Pusat Internet banyak membantu aktiviti perniagaan seperti mempromosi secara atas talian. Selain itu, aktiviti ICT membolehkan beliau belajar kemahiran menaip dan menfaatkan penggunaan Internet.
Kelas & Aktiviti Keusahawanan yang dihadiri
Produk/ Hasil transformasi
Antara medium jualan