mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Pertama Bagi Suku Tahun Pertama (2020)

amira1

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Nurul Amira ialah pelajar yang menuntut di Kolej Tingkatan 6 Saratok dan merupakan pelajar yang aktif serta menjadi kegemaran guru-guru dan rakan pelajar yang lain. Walaupun telah lama menjadi ahli Pusat Internet, penglibatan dengan aktiviti Pusat Internet kurang menarik minat beliau untuk menyertai sehinggalah ketika terlibat dengan Kelas Asas ICT & Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Fort Renee baru-baru ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Penggunaan dan pembelajaran ICT hanya di sekolah. PenggunaanI CT terhad secara asas dan penggunaan media sosial seperti WhatsApp dan Facebook hanya untuk bersosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti Kelas Asas ICT & Keusahawanan anjuran Pusat Internet yang berlangsung selama dua hari, Nurul Amira mendapati banyak kemahiran ICT yang beliau tidak ketahui dan boleh pelajari walau hanya berkaitan dengan Microsoft Word. Beliau juga mula sedar, kemahiran ICT menjadi pemudah cara untuk membuat banyak benda berfaedah seperti, poster, risalah, sijil dan borang. Menerusi kelas-kelas ICT yang telah diikuti, kemahiran kreativiti juga boleh dipupuk dengan baik. Selain itu, beliau juga boleh mempelajari cara menguruskan perkakasan komputer termasuk printer

 

Bengkel Keusahawanan & ICT yang dihadiri

amira2