mcmc
Sejarah

Sejarah

Sejarah bagaimana Saratok mendapat nama

Terdapat beberapa versi mengenai kewujudan nama Saratok. Di dalam buku “Lagends and History of Sarawak” yang dikarang Chang Pat Poh; diantara lain ianya dikaitkan dengan seorang Melayu tua yang bergelar Dato dan temannya yang ingin mengunjungi sanak saudaranya yang berada di kawasan Saratok ketika itu. Disebabkan oleh usianya yang tua, beliau sering berjalan menuju kearah yang salah. Temannya terus memperingatkan beliau dengan berkata “Salah Tok” dan akhirnya dituturkan secara perlahan sebagai “Saratok” hingga kini.

Terdapat juga versi mengenai kewujudan nama Saratok ini. Ia dipercayai berpunca daripada pokok “Salak”. Pada masa lalu terdapat banyak pokok salak di kawasan pekan Saratok. Orang yang berkunjung ke tempat tersebut sering mengaktakan “Salak Tu”, yang bermaksud “ ini adalah pokok Salak”. Secara perlahan juga, ianya ditutur sebagai “ Saratok” hingga kini.

Manakala di dalam buku “ The Living Legends: Borneo Telling Theirs Tales yang dikarang oleh Bennedict Sanline kewujudan nama “ Saratok” dipercayai berpunca daripada bangsa Seru yang di ketuai oleh seorang pahlawan Seru bernama “Sagatok” yang melarikan diri daripada sarangan orang Iban ke sebuah “ Munggu” (bukit). “ Munggu” ini dinamakan sebagai “Munggu Sagatok’ hingga kini sempena nama ketua kumpulan Seru tersebut.

Pejabat Daerah Saratok lama adalah terletak di atas Munggu Sagatok, lama-kelamaan perkataan “Sagatok” ini dituturkan sebagai “ Saratok” hingga kini.

(Sumber: Pejabat Daerah Saratok)