Pelancongan & Tempat Bersejarah

Tempat Rekreasi & Pelancongan

kocon

Tempat Beriadah & Rekreasi

 

 Daerah Saratok mempunyai tempat yang di kenali sebagai “Waterfront” atau lebih dikenali sebagai warung “Nek Kocon” dalam kalangan komuniti sekitar Saratok, ini kerana sebelum gerai –  gerai lain ditubuhkan, satu gerai kecil telah bertapak dahulu disitu menjual minuman dan makanan. Tempat ini telah berkembang dan dibina gerai – gerai yang lebih banyak dengan menyediakan pelbagai menu makanan kampung termasuklah makan barat. Tempat ini merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan sekiranya pengunjung berkunjung ke Saratok. Gerai – gerai ini akan beroperasi pada sebelah petang iaitu dari pukul 5.00 petang hingga lewat malam.

 

16938884 995197667279723 8339770403406082237 n

 Apa yang menariknya tempat ini ialah ia terletak di tebing Sungai Krian daerah Saratok dan bersebelahan dengan gelanggang Petanque dimana golongan muda mahupun yang tua boleh menikmati pemandangan dan makanan di situ sambil bermain Petanque dengan rakan- rakan.

 

Tempat Bersejarah

Daerah Saratok mempunyai banyak tempat menarik. Antaranya ialah dua tempat bersejarah iaitu telaga lama, Telaga Mok Haji Kiah dan Tapak Bersejarah Orang Kaya Temenggong Tandok.

Telaga Mok Haji Kiah terletak di taman di bawah bukit yang terletaknya Pejabat Daerah Lama, Saratok yang kininya bertapaknya PEDi Fort Renee, Saratok. Keunikan telaga ini dikatakan tidak pernah kering sungguhpun musim kemarau panjang.

 

 

Tapak Bersejarah Orang Kaya Temenggong Tandok terletak di Krian Tengah (Krangan). Menurut sejarah, rumah panjang Temenggong Tandok telah dibakar oleh orang Iban dari Banting yang diketuai oleh Ijau Lang dalam tahun 1833. Pada masa tersebut, Saratok adalah di bawah pemerintahan Sultan Brunei.

 

Pesta Air Sungai Krian

 

Jika bersembang dan berbicara tentang Pesta Sungai di kedai kopi waima di media sosial sedia ada, nama Daerah Saratok tidak asing lagi dengan kemeriahan Pesta Sungai Krian yang diadakan setiap hujung tahun. 

Pelbagai aktiviti yang diadakan di pesta tersebut yang antaranya sukan seperti futsal, bola tampar, badminton dan senamrobik. Funfair dan aktiviti jualan peniaga kecil seperti barang pertanian, keperluan harian, baju, alat mainan dan makanan turut memeriahkan pesta ini selain sebagai daya penarik kepada pengunjung. Bagi agensi-agensi kerajaan pula, pada pesta ini akan diadakan pameran kepada pengunjung. Namun yang menjadi acara utama pesta tersebut dan menjadi tarikan utama adalah acara lumba perahu panjang yang mana setiap kampung di dalam dan di luar daerah Saratok menghantar wakil untuk bersaing.