mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti & Kelas Sepanjang Disember 2020

Nama program : Advokasi
Tarikh : 2,5,6,9,13 & 17 Disember 2020
Masa : 1 jam
Tempat

: Bilik ICT PIK Fort Renee

Peserta

: Pelajar Sekolah 

Tujuan :

  • Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi
  • Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
  • Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

 

Penerangan :

  • Kelas dijalankan secara offline di Bilik Latihan ICT Pusat Internet.
  • Kelas secara online dijalankan di aplikasi WhatsApps Group.
  • Kelas offline: Tayangan video, ceramah dan huraian.Taklimat tentang topik advokasi.
  • Kelas online: perkongsian tips dan info bergambar diberi oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail.
  • Peserta boleh memberi maklum balas dengan perkongsian yang pertugas berikan.dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung.

 

Nama program : Kelas Kusahawanan
Tarikh : 13 Disember 2020
Masa : 10.30 pagi – 4.00 petang
Tempat

: Bilik ICT PIK Fort Renee

Peserta

: Dewasa

Tujuan :

  • Mengajar peserta menghasilkan Kad Perniagaan menggunakan aplikasi Microsoft Word dengan gabungan aplikasi Multimedia dan Paint.
  • Mengajar peserta memasukkan data, mengira data menggunakan formula, membuat carta pai dari data yang telah siap ditaip dan menyimpan data menggunakan aplikasi Microsoft Excel.

 Penerangan :

  • Peserta diajar menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk membuat Kad Pernigaan.
  • Menggabungkan gambar dan tulisan. Seterusnya dibuah dalam bentuk dokumen ke bentuk gambar menggunakan aplikasi Paint.
  • Peserta diajar menaip data, mengira data menggunakan formula dan menyimpan data di aplikasi Excel.
  • Seterusnya membuat carta menggunakan data yang telah ditaip.

 

Nama program : Kelas Multimedia & Microsoft Office
Tarikh : 5,6 & 13 Disember 2020
Masa : pagi & petang
Tempat

: Bilik ICT PIK Fort Renee

Peserta

: Pelajar Sekolah

Tujuan :

  • Membuat latihan menggunakan modul untuk membuat:
  1. Asas melukis menggunakan Coral Draw.
  2. Menaip Huruf Hijaiyah.
  3. Membuat Pembentangan.
  4. Menaip Artikel
  5. Membuat Sebut Harga

Penerangan :

  • Kelas dijalankan di Pusat Internet Fort Ranee
  • Peserta diajar mengikut tajuk pembelajaran ICT berkenaan.

 

Gambar Aktivti Sepanjang Bulan <<<< Kilik Di Sini