Laporan Aktiviti
Laporan Aktiviti & Kelas Sepanjang Oktober 2021
4 November 2021
Nama program |
: Kelas & Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak |
Tarikh |
1,3,4,5,6,8,13,15,14,16,17,18,20,22 & 24 Oktober 2021
|
Masa |
: 1 jam untuk kelas dan ‘open view kempen di FB page’ |
Tempat |
: Facebook page PIK Fort Ranee (kelas & kempen online)
|
Peserta |
: Pelajar Sekolah, Lepas Sekolah, Belia, Wanita dan Komuniti Facebook
|
Tujuan:
- Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak)
- Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
- Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
- Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
|
Penerangan:
- Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Internet Fort Ranee.
- Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail.
- Peserta boleh memberi maklum balas dengan perkongsian yang pertugas berikan.dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung.
- Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Internet Fort Ranee dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
|
Nama program |
: Kelas Keusahawanan (Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan
Usaawan Digital Peringkat PIK
|
Tarikh |
: 16 Oktober 2021 |
Masa |
: 2.30- 4.30 petang |
Tempat |
: Stall Farah (Salah seorang peserta pertandingan)
|
Peserta |
: Peserta Usahawan Digital
|
Tujuan:
-
- Menyampaian hadiah kepada peserta iaitu usahawan yang terlibat dalam pertandingan yang dijalankan pada ogos – september 2021
|
Penerangan:
- Majlis penyampaian hadiah diadakan di Stall Farah iaitu salah seorang daripada peserta pertandingan
- Pemenang No 1 hingga 3 menerima hadiah berupa yang tunai
- Pertandingan Usahawan Digital ini merupakan salah satu keperluan KPI untuk tahun 2021 bagi petugas PIK dan memerlukan penglibatan petugas memberi dan membimbing peserta menggunakan platform e-commerce untuk berniaga.
|
Nama program |
: Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi, Multimedia dan E-Pembelajaran |
Tarikh |
: 14,16 & 17 Oktober 2021 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari, 3.00 petang- 4.00 petang |
Tempat |
: PIK Fort Ranee & Facebook page PIK Fort Ranee
|
Peserta |
: Pelajar Sekolah & Belia
|
Tujuan:
- Berkongsi tip melayari internet dengan bijak dan selamat
- Mengajar pesrta mencari dan memuat turun gambar dari internet serta mengedit gambar (membuang latar belakang gambar)
- Mengajar peserta menghasilkan Poster Digital mrnggunakan aplikasi Canva
- Mengajar peserta mengarang dan menghasilkan puisi (syair & sajak) untuk tugasan sekolah
- Mengajar peserta menggunakan Google Form untuk menghantar tugasan
|
Penerangan:
- Kelas dijalankan di atas talian iaitu di aplikasi Telegram Group dan di Bilik Latihan ICT PIK Fort Ranee
- Mengajar peserta mengikut kelas ICT yang diadakan dengan tajuk-tajuk berkenaan
|
Gambar Aktiviti Sepanjang Bulan <<<< Klik Di Sini