mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah kejayaan

kalin

 Kisah Kejayaan 2014

Nama : Muhammad Amirul Amrie Bin Samat

Umur  : 27 Tahun

Jantina : Lelaki 

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman &

                       Ameniti (Uitm Shah Alam)

 

 Perkerjaan:Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah (Kontrak)

 

Kisah Kejayaan

Bermula dengan kejayaan seorang rakan yang membuat perniagaan melalui blog, saya mulai terdetik untuk berani mencuba. Pada tahun 2010 selepas graduasi, saya mula menceburkan diri dalam perniagaan tudung secara online dengan hanya menggunakan modal yang kecil. Saya menjadikan perniagaan tudung secara online pada mulanya sebagai pekerjaan sampingan memandangkan pada ketika itu saya masih mencari pekerjaan tetap.  Saya menjual tudung secara kecil-kecilan . Pada masa itu, saya menggunakan blog sebagai tunjang utama dalam perniagaan tudung. Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakkan. Hampir setiap hari, saya mendapat sms daripada pelanggan yang berminat untuk membeli tudung dari saya. Pelanggan saya bukan sahaja dari Sarawak, malah dari sabah dan semenanjung pun ada.

Saya juga akan memastikan blog saya akan dikemaskini pada setiap hari dan setiap tudung yang dah kehabisan stok, saya akan re-stock balik dari supplier. Saya juga sentiasa memastikan blog perniagaan tudung online saya menggunakan template yang cantik agar menarik minat semua pelanggan tidak kira di mana sahaja mereka berada. Pada tahun 2011, perniagaan online saya sudah bertukar daripada blog kepada laman sesawang Facebook. Saya sudah kurang menggunakan blog dan kini laman sesawang facebook adalah merupakan nadi utama dalam perniagaan.

Bermula dengan iklan, gambar-gambar tudung saya akan upload terus di Facebook. Memang tidak dijangkakan, sambutan sangat menggalakkan dan boleh dikatakan sangat luar biasa kerana saya bukan sahaja menjual pelbagai jenis tudung secara runcit malah saya berani ambil risiko walaupun keuntungan kecil dengan menjual tudung secara borong di mana saya cuba membantu orang lain jika sekiranya ada yang berminat untuk memulakan bisnes secara kecil-kecilan. Memandangkan perniagaan secara online cukup menggalakkan dan hampir setiap hari mendapat tempahan dari pelanggan, bermula tahun 2012, saya telah membuka perniagaan secara offline iaitu membuka kedai jualan sendiri di Saratok. Alhamdulillah, perniagaan saya terus berkembang setelah memiliki kedai sendiri sehingga sekarang di samping masih lagi menjual secara online.

Kejayaan yang saya perolehi bukanlah saya dapat dengan waktu yang singkat. Saya mula menapak dengan perniagaan secara online, bermula dari tahun 2010 sehingga lah sekarang tanpa rasa putus asa walaupun banyak dugaan yang menimpa namun atas sokongan ahli keluarga, rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan membuatkan saya terus yakin dan tidak akan mudah mengalah. Setelah wujudnya PI1M Fort Renee di Saratok momentum jualan makin bertambah baik dengan adanya bimbingan petugas PI1M dalam membantu dalam pemasaran barangan secara online. Kemudahan yang sedia ada di PI1M amat membantu saya dalam mengakses internet dengan selesa.

 

          a   

 b

c

 

 

 

Nama : Encik Boldahan Ujai

Umur : 41 tahun

Jantina : Lelaki

Pekerjaan : PPK (Pembantu Perawatan Kesihatan)

No Tel : 013 – 5639783

 

Kisah Kejayaan 

Internet pada zaman ini adalah sangat penting kepada manusia.Kerana hampir semua bidang kerja pada masa kini memerlukan internet untuk melakukan sebarang urusan. Masyarakat perlulah didedahkan dengan perkhidmatan ini dengan sebaik mungkin.

Bagi diri saya,walaupun umur saya telah mencecah 41 tahun,namun saya masih ingin mempelajari cara penggunaan internet kerana saya memikirkan andai saya masih belum memulakannya sekarang,bermakna saya akan lebih jauh ketinggalan ke belakang memandangkan kemajuan dunia yang serba moden ini.

Bermula dari belajar mengenali apa itu computer dan sehingga kini saya sudah boleh membuka sendiri segala apa yang saya ingin ketahui melalui internet.Saya sudah mahir menaip,saya sudah mahir menggunakan web browser, walau kadang kala memang ada yang saya lupa.Dan sekarang,walau pun bukan masa belajar, jika ada masa lapang,saya akan pergi ke pusat internet Fort Renee untuk melayari internet. Selain pengetahuan yang saya perolehi melalui Pusat Internet 1Malaysia ini dapat saya praktikan kepada anak-anak saya dan membantu pembelajaran mereka dengan pemantauan pembelajaran online seperti unicliq. Kemahiran yang saya perolehi membantu saya mengisi sistem online jabatan saya dengan sendiri setelah bertahun-tahun bergantung pada orang lain untuk mengisi. Dengan adanya pusat ini, saya menjadi seorang insan yang celik IT dan sering menggunakan internet secara berhemah.

Setelah mempelajari dan memahami  penggunaan internet,saya sentiasa dapat mengikuti perkembangan semua isu sama ada dalam atau luar Negara dari semasa ke semasa.

Bidang kerja saya sekarang ini juga sangat memerlukan pengetahuan internet.Walau pun tidak semua, tetapi hampir 100% adalah berkaitan dengan internet.Jadi dengan adanya kemahiran internet ini, sekarang saya lebih mudah untuk melakukan sebarang tugasan yang diberikan dalam bentuk berkomputer dan dimana ia memerlukan penggunaan internet.

e

Beliau mengikut latihan semenjak Mei 2014 sehinhha kini. Kelas diadakan pada masa cuti beliau dimana beliau bekerja secara shif dan kadang kala mengikuti kursus secara berkumpulan pada hari mingguan.

 f

Mengikuti kelas di Pusat Internet 1Malaysai secara berkumpulan pada hari minggu.