mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah kejayaan

kalin

 Kisah Kejayaan 2015

“AHLI PI1M FORT RENEE CEMERLANG SPM 2014”

Firzana Binti Rapaiee

Umur : 17 tahun

Pendidikan : SPM (7A,2B,1C)

No Tel: 013-8443545

Norhayati Binti Kasim

Umur : 17 tahun

Pendidikan : SPM (6A,2B,1C,1D)

No Tel: 013-807170

Nazira Binti Bahron

Umur : 17 tahun

Pendidikan : SPM (6A, 3B)

No. Tel: 014-8869355

Dayang Nur Jazmina Binti Awang Karim

Umur : 17 tahun

Pendidikan :SPM (5A,3B,1C)

No. Tel : 0138947226

 

Kisah Kejayaan

Internet merupakan satu medium digital yang sangat berguna pada masa ini. Melalui internet semua perkara boleh dilihat dan di ketahui. Oleh sebab itu kami banyak menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan sampingan sepanjang belajar di tingkatan 5. Kami mengenali PI1M pada tahun lepas dan telah menjadi ahli PI1M Fort Renee  semasa di tingkatan 5 lagi. Kemudahan yang ada di PI1M sangat di perlukan di kawasan ini lebih-lebih lagi kami sebagai pelajar sekolah. Banyak masa di manfaatkan di sini untuk membuat kerja sekolah dan mencari bahan rujukan penting apabila adanya kerja kursus yang perlu di siapkan. Kami dapati petugas PI1M ini sangat peramah dan mesra kepada semua ahli yang datang. Mereka memberi tunjuk ajar kepada kami untuk mencari bahan rujukan yang betul melalui internet. Di samping itu latihan yang disediakan oleh pihak petugas iaitu En. Mahathir Zolkifli dan En. Muhammad Nur Azlan Othman sangat membantu kami membuat kerja kursus SPM yang lepas di mana kami di ajar menyiapkan kerja kursus dengan baik, teratur dan kemas.

Kemahiran yang diberikan sangat berguna kepada pelajar seperti kami yang baru mengenali dunia baru sebelum dan selepas tamat pengajian ini. Belajar secara kumpulan di PI1M sangat membantu kami di mana apabila kami tidak mengetahui persoalan yang di bincangkan, kami menggunakan komputer yang sedia ada untuk membuat pencarian rujukan. Pembelajaran melalui internet dengan kemudahan yang selesa menyumbang kepada kejayaan SPM kami baru-baru ini dengan keputusan yang cemerlang dan boleh dibanggakan. Syabas kepada pusat Internet Fort Renee Saratok.     

Pembejaran pada masa sekarang bukan sekadar menggunakan buku teks semata mahupun buku rujukan. Kini internet  sangat membantu kami mencari bahan rujukan mencari maklumat-maklumat yang tidak ditemui dalam buku rujukan. Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang diadakan pihak PI1M kepada kami membantu untuk menggunakan internet secara positif iaitu untuk tujuan pembelajaran. Terdapat laman web khas kepada kami  untuk di terokai dan di pelajari.

Selain itu, internet bukan sahaja untuk mencari bahan rujukan malahan sebagai medium komunikasi jarak jauh rakan-rakan seperjuangan untuk berkongsi ilmu pembelajaran sebagai contoh penggunaan facebook, wechat, whatapps dan sebagainya.

 

j

Mengikuti Latihan Ms Powerpoint (Membina Slide Pembentangan) pada tahun lepas

k

Menyertai Latihan Membina Resume yang dianjurkan pihak PI pada tahun 2014

l

Petugas PI1M Fort Renee membantu dalam mengisi borang UPU dan KPLSPM

m

Gambar: (Dari kiri) Norhayati Binti Kasim, Firzana Binti Rapaiee dan En. Mahathir Bin Zolkifli (Pengurus PI)

 

 

“PROGRAM PERMATA PI1M DAERAH SARATOK /SIRI 1”

Peningkatan Penguasaan Subjek TMK”

        Program peningkatan penguasaan asas penggunaan komputer kepada pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah bagi membantu penguasaan subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah dan mempertingkat pemahaman mereka sebelum pembelajaran di sekolah. Modul yang disediakan berlandaskan pada modul TMK sekolah rendah yang amat membantu peningkatan penguasaan di luar sekolah di samping di sekolah.

Mohd Norsham Bin Muhd Mazlan

 

Mohd Syazwan Bin Jeapri

 

Aisyamudin Bin Saruddin

 

Mohd Syarilnizam Bin Abdullah

 

Abg Muhd Nazim Bin Nashin

 

Muhd Firdaus Hakimi Bin Yazid

 

Muhd Nazzil

 

Mohd Adazfry

 

Muhd Aqmal

 

Abg Muhd Nizam Bin Nashin

 

 

Kisah Kejayaan

Internet mempunyai pelbagai penggunaan kepada pelajar sekolah rendah. Misalnya pembelajaran subjek sains sekarang telah terbahagi kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah diserapkan kepada murid tahun 4 hingga tahun 6. Oleh sebab itu, pembelajaran dan penguasaan yang baik terhadap subjek tersebut pelajar perlu menerokai secara kendiri  laman maya dengan pemantauan serta tunjuk ajar petugas Pusat Internet 1Malaysia Fort Renee Saratok. Kewujudan pusat internet ini memberi peluang kepada pelajar sekolah berkunjung selepas sesi persekolahan dan melayari internet di sini dengan mengetahui setiap peranan internet melalui tunjuk ajar petugas  dengan adanya program Klik Dengan Bijak (KDB)  di samping kelas  “Program Permata PI1M” yang diadakan dijalankan secara mingguan. Program Permata ini amat membantu dalam mempertingkatkan peserta dalam subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) peringkat sekolah rendah di mana peserta perlu menghabiskan 15 modul latihan dan diberikan peperiksaan penilaian tahap penguasaan pelajar. Program permata ini turut meringankan tugas guru di mana tahap penguasaan pelajar yang menyertai program ini adalah memberangsangkan ekoran pendedahan awal sebelum berada di kelas/sekolah.

Pembelajaran pada masa ini, bukan sahaja tertumpu pada di sekolah sahaja, namun pengisian program yang diberikan pihak Pusat Internet 1Malaysia membantu peningkatan penguasaan subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pelajar sekolah rendah. Subjek tersebut menjadi elemen penting pada masa sekarang ekoran teknologi maklumat menjadi keperluan pada masa sekarang dan anak-anak kami tidak ketinggalan dalam menguasai teknologi IT sejajar dengan slogan PI1M itu sendiri iaitu menjana komuniti bijak IT.

 

n

    Program Permata PI1M dijalankan secara mingguan

o

Petugas memastikan modul yang dilaksanakan dan menyemak hasil kerja bagi memastikan mereka mencapai tahap penguasaan yang dikehendaki.

p

Pertambahan peserta setiap minggu

r

Gambar:Peserta Siri 1/2015 yang Berjaya menamatkan modul latihan yang di berikan bergambar bersama pengurus dan penolng pengurus PI1M Fort Renee (En. Mahathir dan En.Muhammad Nur Azlan)

 

 

Pemenang Tempat Ke-2 Pertandingan Video-Kenali Internet bertemakan

“Banteras Maklumat Palsu, Sebarkan Yang Benar”anjuran SKMM

Skuad Fort Renee 2 :

1. Dayang Nuraihan Morbiah Binti Abg Abd Latif
Umur : 16 tahun
Tingkatan : 4
Sekolah : SMK BM SARATOK

2. Abang Amieyza Bin Abang Shamsudin
Umur : 13 tahun
Tingkatan : 1
Sekolah : SMK BM SARATOK

3. Muhd Amirul Ikmal Bin Marzuki
Umur : 13 tahun
Tingkatan : 1
Sekolah : SMK BM SARATOK

4. Mohd Norhelmiza Mustapha
Umur : 13 tahun
Tingkatan : 1
Sekolah : SK ABG ABD RAHMAN

 

Kisah Kejayaan

Internet merupakan sumber penting kepada pelajar masa kini. Setiap maklumat yang kita perolehi amat mudah melalui internet. Dalam membina kemahiran penggunaan perisian komputer kami sebagai pelajar menggunakan Internet untuk mempelajari kemahiran ICT terutamanya melalui youtube di mana kemahiran di tunjukkan secara praktikal. Di Pusat Internet 1Malaysia ini membuka satu peluang kepada kami untuk membuat penerokaan alam maya yang mana pebagai perkara dan maklumat yang kami dapati. Pembelajaran atau latihan yang diberikan oleh petugas PI1M secara mingguan membuat kami lebih mahir menggunakan pelagai perisian dari minggu ke minggu. Apabila di maklumkan terdapatnya pertandingan video yang di anjurkan pihak SKMM oleh pihak PI1M, kami segera menyertai pertandingan tersebut. Berbekalkan sedikit kemahiran dan tunjuk ajar pengurus PI1M dalam membina video membuahkan hasil video yang baik. Sumber/bahan kami cari sama-sama melalui internet dan mencari contoh video kreatif yang di hasilkan tahun sebelum ini. Dalam pembikinan video tersebut, pengurus mencadangkan penggunaan M. Power Point kepada kami untuk mengolah video ekoran tahap penguasaan penggunaan movie maker dan perisian lain agak lemah.

Internet memudahkan kami mengumpul bahan sebelum olahan video di lakukan. Proses pengeditan agak memakan masa kerana dalam merangka video yang sampai kepada penonton adalah agak sukar. Di samping itu, pengurus telah mengadakan latihan khas kepada 2 pasukan yang menyertai pertandingan video ini termasuk pasukan kami. Hal ini memudahkan kami menjayakan pembinaan video yang baik. Setelah siap proses mengeditkan video, pengurus PI1M menguploadkan video kami di ChannelPI1MBorneo dan tidak disangka, video kami ramai yang telah membuat tonton. Ia menunjukkan sokongan daripda pengguna laman sosial dan youtube. Akhir pada tarikh pengumuman pemenang, pengurus PI1M Fort Renee telah memaklumkan video kami menang tempat ke-2. Penerimaan hadiah daripada SKMM akan di maklumkan kemudian kepada kami melalui PI1M Fort Renee Saratok.

 

s

Penggunaan Ms Power untuk menghasilkan animasi bagi pengolahan video sebelum di edit menggunakan movie maker

t

Menggunakan idea olahan video komik bagi memudahkan pemahaman penonton

u

Proses pengeditan akhir oleh peserta sebelum penghantaran video pertandingan

v

Pengurus PI1M Fort Renee Saratok menerima hadiah tempat kedua video kenali Internet oleh pihak SKMM di KL Converge 2015

w

Pengarah SKMM Wilayah Sarawak bersama pegawai SKMM yang lain turut menghadiri KL Converge 2015 di mana penerimaan hadiah video tempat ke-2 yang berlangsung di sini.