mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah kejayaan

kalin

Kisah Kejayaan 2017

 Nama : Ralina binti Hron

Umur : 31 Tahun

No Tel : 011 – 12629233

 

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Seorang ibu kepada 3 orang anak dan merupakan Kerani di sebuah sekolah rendah dalam Saratok. Gemar berniaga dengan membuat pelbagai menu makanan dan minuman termasuk minuman kesihatan, Jus Kunyit dengan menggunakan bahan semulajadi. Pernah membuka kedai makan di halaman rumah dan beroperasi pada waktu malam, namun akibat kekangan waktu beliau sebagai kakitangan kerajaankedai makan yang beliau jalankan bersama suami dan anak-anak terpaksa ditutup.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa dan terhad dari segi jualan dan promosi.

 Apa yang dipelajari melalui PI

       Menggunakan internet sebagai pemudah cara untuk mempromosi.

       Berniaga secara atas talian seperti di Facebook, WhatsApp dan MyShop.

       Mengikuti program keusahawanan.

 

 Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       Menjadi badan yang memberi kerjasama dan sokongan untuk mempromosi produk yang dihasilkan.

       Memberi dan membuka peluang keusahawanan seperti bengkel dan kelas keusahawanan.

 

200

Kelas dan program yang dihadiri

300

Produk & hasil transformasi

 

 

Nama : Zuriana binti Ahim

Umur : 30 tahun

No tel : 016- 9615042

 

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Zurinan merupakan seorang ibu kepada 4 cahayamata dan bekerja sebagai Pembantu Pengurusan Murid PPKI di SMK (BM) Saratok. Pernah membuka gerai jualan dengan menjual kebab dan wafer di hadapan rumah namun akibat kekangan masa menguruskan rumahtangga, anak-anak dan juga bekerja, operasi kedai terpaksa ditutup. Namun begitu, beliau meneruskan aktiviti menjual dengan membuka tempahan kepada rakan dan kenalan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aktiviti perniagaan akan terbatas dari segi menjual dan mempromosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan ICT benar-benar banyak membantu operasi jualan yang tiada tapak dan juga masa menguruskan kedai dengan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pekerja. Berniaga di atas talian, sungguh mudah, cepat dan teratur. Mempromosi, membuka tempahan seterusnya menghantar produk kepada pembeli dilakukan hanya dihujung jari.

Pusat Internet 1Malaysia juga banyak memberi peluang dengan kursus-kursus keusahawan dan memperkenalkan MyShop di Dashboard Komuniti.

 

400

Kelas & Program yang dihadiri

 

600800

Produk/hasil tranformasi 

 

 

Nama : Muhammas Hakimi bin Busman

Umur : 15 tahun

No. Tel : 019 – 7022745

 

Kisah Kejayaan

 

Latar belakang

Hakimmi, penuntut tingkatan 3 di SMK (BM) Saratok dan masih menunggu keputusan Peperiksaan PT3. Seorang yang aktif mengikuti aktiviti di Pusat Internet sama ada bengkel dan latihan. Hakimmi juga suka menjadi peserta Pusat Internet Fort Renee apabila Pusat Internet Fort Renee terlibat dengan program anjuran Pihak Pejabat Daerah, Majlis Daerah mahupun Lakis Saratok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan dan penggunaan ICT amat kurang dan terbatas. Penglibatan untuk aktiviti dan program anjuran pihak berkuasa tempatan juga kurang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Banyak ilmu dan pengetahuan tentang ICT boleh dipelajari. Penggunaan komputer dan internet juga menjadi mudah.

Selain boleh mnegikuti kelas ICT secara percuma, menjadi ahli Pusat Internet juga memberi peluang untuk menyertai dan terlibat dengan aktiviti mahupun program anjuran pihak berkuasa tempatan.

Porgram kesedaran dunia teknologi juga boleh dipelajari dan diketahui. Pi1M banyak memberi kesedaran dan peluang kepada pelajar mahupun komuniti setempat.

100

 

 

 

Nama: Mohd Nor Hisyam

Umur : 11 tahun

No tel : 017 – 8459233

 

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Hisyam merupakan salah seorang pelajar yang sering mengikuti kelas, program dan bengkel ICT anjuran Pi1M Fort Renee terutama ketika cuti sekolah. Beliau aktif dan suka mengikuti latihan-latihan yang diadakan kerana banyak ilmu baru berkaitan aplikasi ICT dapat dipelajari. Kemahiran berkaitan ICT juga meningkat dan berkembang dengan baik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan tentang ICT hanya diperolehi di sekolah. Penggunaan komputer agak terhad apatah lagi penggunaan komputer berinternet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berpeluang belajar banyak ilmu tentang ICT dan menggunakan Internet. Bimbingan dan tunjuk ajar serta kelas-kelas latihan ICT di Pi1M banyak membantu menambah ilmu tentang ICT.

Selain menaip, melayari internet, penggunaan Facebook dan WhatsApp sebagai media sosial dengan tujuan yang baik turut dipelajari.

Pi1M juga sering mengadakan pertandingan ICT yang menguji kepandaian pelajar tentang kelas-kelas ICT yang pernah dipelajari dan boleh memenangi hadiah.

 001

Antara bengkel dan kelas yang disertai

002

 

 

 

Nama : Dayang Ronizza binti Awang Sura

Umur  : 31 Tahun

No tel : 017 – 9740141

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Seorang ibu tunggal yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian, kek lapis dan makanan bersama kakaknya dengan membuka gerai di tepi jalan di hadapan rumah. Bermula 2017, perniagaannya berkembang baik hingga beliau mampu menyewa rumah kedai dengan menjual pakaian dan makanan termasuk minuman sejuk.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa dan terhad dari segi jualan dan promosi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan ICT dalam perniagaan benar-benar membawa banyak perubahan. Promosi di alam maya berlaku setiap hari dan setiap adanya produk baru di kedai beliau. Pembeli juga berpeluang untuk memesan dan membeli secara online kepada beliau. Khidmat pembayaran semasa penghantaran juga dilakukan terutama berkaitan dengan makanan. Dengan ICT, proses prmosi menjadi cepat. Begitu juga dan aktiviti jual beli.

Anjuran  kelas, bengkel dan pertandingan keusahawan oleh pihak Pi1M yang melibatkan penggunaan ICT banyak memberi pendedahan yang baik dalam memperkembangkan idea dan pengurusan perniagaan.

003

Antara penglibatan beliau dalam bengkel keusahawanan dan aktiviti Pi

004

Produk/hasil transformasi

 

  

Nama :Dayang Noorasitah Binti Abang Azmi

Umur : 26 tahun

No Tel : 014- 2080245

 

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Dayang Noorasitah membantu ibunya berniaga di pasar tamu Saratok dengan menjuai ikan masin, ikan kering dan produk tempatan seperti belacan, cencaluk, pekasam dan sebaginya. Kerana peluang perniagaan dilihat begitu baik terutama dalam bidang makanan, beliau mencuba untuk berniaga kuih Nona Manis, Tart dan biskut dengan membuka tempahan dan penghantaran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aktiviti perniagaan dijalankan di gerai. Tempahan serta promosi dibuat secara mulut ke mulut dan pesanan menerusi kawan mahupun kenalan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aktiviti berniaga terutama mempromosi dan menerima tempahan lebih cepat dan mudah dengan penggunaan laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Weechat.

Hubungan dengan pelanggan juga lebih mudah dan erat kerana pelanggan boleh membuat tempahan dan pertanyaan mengenai produk secara terus dengan penjual.

Pihak Pi1M juga memperkenalkan pelbagai cara untuk menaik taraf perniagaan dengan kelas-kelas keusahawan dan memperkenalkan aplikasi MyShop.

005

Mengikuti program, kelas dan bengkel anjuran Pi

006

Produk/hasil trnasformasi