Kisah Kejayaan 2019
Nama : Azlina Binti Eddie
Umur : 35 tahun
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Puan Azlina merupakan seorang kakitangan PDRM Cawangan Daerah Saratok dan gemar mengikut program kemasyarakatan untuk mengeratkan silaturahim dan bergaul dengan komuniti setempat. Membantu perniagaan keluarga (perkhidmatan catering) dan kini menjadi egen menjual tudung, inner lengan dan inner jenama The Souk.
Penglibatan berniaga tudung, inner lengan dan inner ini kerana beliau sendiri menggunakan selain permintaan yang tinggi di kalangan pengguna. Tambahan pula, pulangan menjadi egen jualan juga boleh membantu meningkatkan sumber pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Penggunaan dan pengetahuan ICT terhad. Aktiviti promosi tidak boleh pelbagai dan terbatas secara offline sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Menggunakan Internet sebagai medium untuk mempromosi dan memasarkan produk sangat memudahkan kerana lebih cepat dan berkesan kerana hanya berkongsi jualan di status WhatsApp dan berkongsi di Facebook.
Pusat Internet banyak memberi bantuan dengan menganjurkan kelas dan pendedahan kemahiran keusahawan terutama untuk mempelbagaikan cara mempromosi.
Kelas ICT & Keusahawanan yang disertai
Hasil/Produk jualan
Nama : Arzieda Binti Omar
Umur : 35 tahun
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Puan Arzieda ialah seorang suri rumah dan telah berkahwin serta memiliki 3 orang anak. Aktif berniaga dengan membantu perniagaan kedai makanan milik ibu dan bapanya dan mengusahakan perniagaan burger dan roti john.
Sejak 2 tahun yang lalu, Puan Arzieda menjadi egen jualan tudung pelbagai jenama seperti AJ, Kekaboo, Mirabelle, Belleboo, The Souk dan Divascarf kerana permintaan tudung-tudung ini yang tinggi di Saratok.
Mula hanya membuka tempahan daripada pembeli dan berniaga di rumah, kini beliau mengusaha perniagaan di rumah kedai SEDC dengan berkongsi sewa dengan 2 rakan yang lain dan boleh menyimpan stok yang lebih banyak.
Beliau juga mempelbagaikan produk jualan seperti, minyak wangi, lipstick dan barangan skincare.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Promosi aktiviti jualan amat terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Aktiviti perniagaan dan promosi bertambah rancak dan mudah. Penggunaan media sosial dan latihan keusahawanan banyak membantu meningkatkan pengetahuan kemahiran berniagaan. Perkongsian idea dan ilmu bersama usahawan lain juga boleh diperolehi.
Mengikut kelas ICT & Keusahawanan
Produk Jualan
Nama :Nur Amirah Farzana Binti Kilau
Umur : 10 tahun
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Seorang pelajar tahun 3 SK Abang Abdul Rahman. Serang pemalu namun mudah bergaul. Senang menerima pengajaran dan boleh mengikuti arahan semasa latihan. Semakin kerap mengikuti latihan di PEDi, Amirah sudah boleh membuat sendiri latihan-latihan tertentu serta boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan yang lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Penggunaan dan pengetahuan ICT langsung tiada.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Pengetahuan tentang komputer dan asas komputer seperti menaip, melayari internet dan menggunakan tool bar boleh dikuasai. Gemar mengikuti latihan ICT anjuran Pusat Internet. Program-program berasaskan ICT anjuran Pusat Internet juga sering disertai.
Kemahiran dan pengetahuan mengenai komputer semakin banyak boleh Amirah kuasai. Kelas ICT yang diadakan di PEDi mesti Amirah sertai pada setiap bulan kerana dia semakin berminat apabila sudah tahu dan pandai.
Nama : Azlina Binti Eddie
Umur : 35 tahun
Tel : 0113529800
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Seorang kakitangan PDRM Cawangan Daerah Saratok dan gemar mengikut program kemasyarakatan. Tujuannya untuk mengeratkan perhubungan dengan komuniti setempat dan menambah pengetahuan dan pengalaman.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Penggunaan dan pengetahuan ICT terutama asas komputer terhad. Penggunaan internet juga terhad. Tahu yang asas sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Banyak ilmu baru yang diperolehi. Keyakinan diri juga dapat dibina selain berkongsi pengetahuan dengan peserta-peserta lain.
Penggunaan internet dan Microsoft Office Word lebih dipelbagaikan.
Kelas / Aktiviti yang disertai
Nama : Misna Binti Ramli
Umur : 34 tahun
Tel : 0148654497
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Memulakan perniagaan menjual burger sejak 2016. Sejak 2018, menjadi agen menjual minyak wangi jenama Sugarbomb.
Seorang surirumah dan menjadikan berniaga untuk pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Bekerja hanya sebagai surirumah dan menjual burger sebagai pendapatan sampingan. Menjual secara terus kepada pelanggan dengan membuak stall di hadapan rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Perniagaan bertambah luas dan dapat menceburkan diri sebagai agen menjual minyak wangi. Promosi jualan juga mudah dilakukan di laman sosial Muka Buku dan WhatsApp. Jual beli juga berlaku di atas talian.
Kelas / Aktiviti yang disertai
Hasil & Produk transformasi
Nama : Rafidah binti Majidi
Umur : 39 tahun
Tel :01114001928
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Berkerja di RISDA Cawangan Saratok sebagai Pembantu Pertanian. Menjadikan menjual makanan tambahan kesihatan sebagai pendapatan sampingan selain memang minat berniaga.Setiasa berusaha untuk memajukan diri demi keluarga. Ibu tunggal kepada 2 orang anak yang selalu positif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Penggunaan komputer agak terhad dan kemahiran keusahawan juga sukar diperolehi untuk dipelajari. Urusan jual beli dan promosi juga terhad secara offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Latihan dan Kursus Keusahawan yang dijalan dan dianjurkan oleh pihak Pusat Internet sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran keusahawan. Peluang menyertai program bersama komuniti juga dapat membantu meluaskan pergaulan dan memperkenalkan perniagaan selain boleh membuat jualan secara langsung kepada komuniti.
Bengkel & Kelas disertai
Hasil produk & transformasi
Nama : Noorhaiza Binti Bahgia
Umur : 40 tahun
Tel : 011-57624951
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Bertugas sebagai Pembantu Tadbir salah sebuah sekolah menengah di Betong dan merupakan emak kepada 5 orang cahaya mata. Walau sudah biasa menggunakan komputer di tempat kerja, mengikuti aktiviti, bengkel, program dan kelas ICT anjuran Pusat Internet membolehkan beliau menambah serta berkongsi pengetahuan tentang ICT bersama peserta yang lain.
Noorhaiza gemar mengikuti latihan ICT anjuran PEDi kerana ingin menambah pengetahuan. Bagi beliau, usia bukan penghalang kerana kemudahan belajar telah disedia.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Pengetahuan dan penggunaan ICT agak terhad dan hanya diguna pakai ketika membuat tugasan kerja. Pengetahuan juga hanya perkara-perkara asas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Kelas ICT anjuran Pusat Internet banyak memberi pendedahan baru terutama menggunakan fungsi-fungsi pada tool bar. Perkara asas menjadi advance kerana banyak ilmu dan perisian baru boleh dipelajari.
Gabungan aplikasi-aplikasi yang diajar merupakan ilmu baru dan boleh menghasilkan hasil yang menakjubkan. Penggunaan ICT yang sukar menjadi lebih mudah kerana adanya bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas.
Kelas/ Bengkel yang disertai
Kelas/bengkel yang disertai
Nama : Noraffiza Binti Jaidel
Umur : 34 tahun
Tel : 0168166924
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Seorang surirumah dan telah berkawin serta memiliki 2 orang anak perempuan. Terlibat dengan perniagaan makanan pada tahun 2016 iaitu berjual di Bazaar Ramadhan Saratok.
Makanan yang mula-mula dijual ialah Mi Laksa Sarawak, Mi Laksa Pineng, Kek Batik, Onde-Onde, Apam Gula Hangus & Kek Butter.
Beberapa tahun kemudian, Puan Nora mula menjual Kek Cheese Leleh secara kecilan. Permintaan yang tinggi semakin hari membuatkan beliau pernah menjual Kek Cheese Leleh hingga pernah memperoleh RM500.00 sehari dalam seminggu.
Hingga kini, beliau masih mengusahakan Kek Cheese Leleh selain Kek Harijadi namun perniagaan ini tidak serancak dulu kerana beliau sibuk menguruskan kedai runcit dan keluarga.
Kini beliau aktif membuat jualan Mi Laksa Sarawak dan Pineng dengan menjual secara mengambil tempahan. Produk jualan terbaru yang beliau jual ialah sandwich telur dan tuna.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Ilmu berniaga hanya menjurus kepada jualan lansung dan promosi dari mulut ke mulut. Jualan dan promosi agak terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Banyak ilmu keusahawanan diperolehi terutama dalam penggunaan Jalur Lebar untuk berniaga. Juga berpeluang mencipta logo perniagaan selain mempelajari kemahiran keusahawanan seperti menggunakan internet untuk mencari idea jualan, menggunakan internet menjual dan mempromosi jualan.
Pusat Internet juga banyak memberi peluang berniaga apabila ada program bersama komuniti sama ada program anjuran Pusat Internet mahupun program anjuran organisasi lain yang mengajak petugas dan PEDi terlibat. Peluang yang diberikan oleh PEDi banyak membantu saya menjual dan peluang untuk perniagaan saya lebih dikenali.
kelas/ bengkel yang disertai
Hasil produk/transformasi
Medium jualan
Nama : Nur Amira Munira Binti Jamali
Umur : 21 tahun
Tel : 0178482789
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Munira merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan. Mula menceburi pembuatan kek sejak 2013 secara sampingan dan telah menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan tetap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Kurang dikenali dan hasil jualan kurang memuaskan. Aktiviti promosi juga agak terbatas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital
Menggunakan Internet sebagai medium untuk mempromosi dan memasarkan produk. Sungguh mudah, cepat dan berkesan.
Penggunaan media sosial seperti Facebok, Instagram dan WhatsApp dengan lebih baik, lebih dikenali orang ramai, mendapat sambutan yang menggalakkan dan hasil jualan juga memuaskan.
Pusat Internet banyak memberi bantuan dengan menganjurkan kelas dan pendedahan kemahiran keusahawan
Kelas/bengkel yang disertai
Hasil produk/transformasi
Medium jualan dan logo produk
Kisah Kejayaan 2018
Nama : Dayana Batrisya Binti Syazwan Syuzairy
Umur :9 tahun
Tel : 011 – 13058044
Kisah Kejayaan
Latar belakang
– Pelajar darjah 3 di Sekolah Rendah Abang Abdul Rahman Saratok
– Gemar mengikuti latihan dan aktiviti anjuran Pusat Ekonomi Digital
– Sering mengajak rakan-rakan sekelas untuk sama-sama menggunakan khidmat dan perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
– Banyak menghabiskan masa di rumah dan di sekolah
– Sumber rujukan hanya mengunakan buku dan aktiviti menggunakan ICT agak terhad
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
– Sering mengikuti latihan dan aktiviti ICT anjuran PEDi
– Membuat latihan dan rujukan sekolah menggunak komputer dan internet di PEDi
– Menjadikan Pusat Internet tempat berkumpul bersama rakan sekelas untuk membuat tugasan dan mencari rujukan
Bengkel ICT yang dihadiri
Nama : Salfazrienie Azie Binti Mohd Salam
Umur : 26 tahun
Tel : 019-8552275
Kisah Kejayaan
Latar belakang
– Degree holder yang sedang mencari kerja
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
– Masih malu untuk mempromosikan kepada orang ramai
– Kesukaran untuk membuat ayat untuk menarik minat pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
– Bersemangat untuk membuat iklan
– Mudah untuk memprosi dengan berkeyakinan
– Kemahiran membuat ayat meningkat
Kelas ICT/Keusahawanan yang dihadiri
Hasil dan produk transformasi
Promosi media sosial
Nama : Aisyah binti Mohhamad Nur
Umur : 24 tahun
Tel : 014 – 8845294
Kisah Kejayaan
Latar belakang
– Bekas graduasi yang sedang mencari kerja
– Seorang yang boleh memberi kerjasama dan bertanggungjawab serta mahu mencuba sesuatu yang baru
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
– Terhad penggunaan internet
– Sukar memperolehi peluang-peluang kerja
– Was-was menceburkan diri dalam perniagaan online
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
– Melibatkan diri dengan perniagaan online
– Mudah memohon kekosongan kerja
– Menceburi lebih banyak peluang pengiklanan perniagaan
– Meluaskan perniagaan ke laman sosial
Kelas ICT/ Keusahawanan yang dihadiri
Hasil produk/transformasi
Promosi media sosial
Nama : Mohamad Shahrulnizam Bin Hamzah
Umur : 21 tahun
Tel : 012-8748780
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Shahrulnizam merupakan pelatih GiatMara Saratok. Beliau merupakan peserta yang mengikuti Kursus ICT selama 2 hari di PEDi Fort Renee anjuran PEDi Fort Renee dengan kerjasama Pusat GiatMara Saratok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pengetahuan dan penggunaan ICT yang merangkumi pengetahuan asas seperti Internet dan media sosial. Kurang berminat dengan pengetahuan ICT berunsurkan pendidikan seperti Latihan Microsoft Office dan e-Keusahawanan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti Kursus ICT selama 2 hari di Pusat Internet, Sharulnizam mula berminat dalam Microsoft Office kerana pengetahuan tentang aplikasi tersebut telah terbuka dan ilmu yang diajar oleh petugas Pusat Internet banyak membantu beliau.
Baru-baru ini, beliau telah datang ke Pusat Internet untuk membuat kad jemputan pernikahan untuk kakaknya. Beliau berminat dan mahu membuat sendiri kad tersebut kerana beliau telah diajar dan mendapati tidak susah membuat kad jemputan yang ringkas namun menarik menggunakan ICT.
Antara bengkel ICT/ Kelas Keusahawanan yang disertai
Nama : Mohd Masrazi Bin Jamil
Umur : 31 tahun
Tel : 010-9848753
Kisah Kejayaan
Latar belakang
- Beroperasi di Saratok.
- Khidmat grafik, design untuk logo, banner sticker label & sebagainya.
- Bermula pada 2 tahun lepas sebagai aktiviti masa lapang tetapi serius sebagai sumber pendapatan sampingan pada penghujung 2017 atas permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan yang menggalakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum guna ICT operasi offline menggunakan telefon bimbit untuk membuat rekaan. Tiada sasaran tetap untuk niagakan perkhidmatan. Hanya untuk suka-suka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas guna ICT, mula sering dan lebih fokus buat iklan untuk tingkatan sale dan luaskan skop pelanggan dari sekitar Saratok dan sekarang hingga Sri Aman dan Kuching.
Antara bengkel ICT/ Kelas Keusahawanan yang disertai
Hasil / Produk transformasi
Nama : Mohamad Khairil Bin Dauie
Umur : 25 tahun
Tel : 014 – 5878714
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Khairil berasal dari Kpg Kupang, Saratok dan bertugas sebagai Guru KAFA di SK Kupang. Mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan hiasan pelamin pada bulan Januari 2018 yang lalu. Sebelum ini, beliau sering membantu kawan dalam perniagaan ini membuatkan minatnya makin bertambah dan mula mengumpul sedikit demi sedikit material untuk hiasan pelamin hingga boleh menjalankan perniagaan hiasan pelamin sendiri.
Selain perniagaan hiasan pelamin, Khairil juga aktif menjual jam tangan, topi, beg dan kasut sebagai agen di sekitar Saratok sebagai perniagaan sampingan.
Antara hiasan pelamin yang diniagakan ialah pelamin pertunangan, pernikahan dan aqiqah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Menjalankan perniagaan secara langsung dan manual serta tidak terlibat dengan aktiviti keusahawanan anjuran Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kelas dan program keusahawan anjuran PEDi banyak membantu dalam urusan perniagaan terutama dalam memberi pengetahuan tentang berniaga dan menggunakan ICT dalam berniaga.
Sebagai contoh, mengambil gambar, membuat video, kad perniagaan dan menggunakan media sosial untuk berniaga serta enggunakan internet sebagai rujukan untuk idea-idea hiasan.
Antara Bengkel ICT / Kelas Kusahawanan yang diesertai
Produk/hasil transformasi
Nama : Mohta Bin Anap
Umur : 32 tahun
Tel : 011-26592909
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Berminat dalam bidang solekan kerana aktif dengan badan kebudayaan sebagai penari. Selain kerana minat, Mohta juga berkebolehan kerana memiliki kemahiran menyolek dan menghias pelamin. Memandang bakat yang ada, beliau menjadikan perniagaan Wedding Services sebagai sumber pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Perkhidmatan yang dijalan secara manual iaitu sebaran, pesanan dan berjumpa secara terus dengan pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Promosi perkhidmatan yang dibuat menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp lebih mudah dan cepat. Proses tempahan dan pertanyaan lanjut berkenaan perkhidmatan yang ada juga menjadi lebih mudah dan cepat.
PEDi juga sering memberi peluang berkongsi ilmu tentang perkhidmatan yang dijalankan dengan membuka kelas untuk berkongsi kemahiran hiasan.
Antara Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri
Produk/Hasil transformasi
Nama : Hajah Hartini Binti Haji Saraie
Umur :34 Tahun
Tel : 013 – 5749618
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid di Tabika KEMAS dan membantu keluarga mengusahakan pembuatan kuih muih tradisional melayu Saratok termasuk kerepek ubi dan pisang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Aktiviti jualan dan promosi dilakukan dengan menerima tempahan daripada pembeli untuk majlis keramaian seperti pertunangan atau perkahwinan dan musim perayaan secara berkunjung ke rumah. Produk yang dihasilkan juga dihantar ke gerai dan kedai runcit sekitar kampung. Promosi hanya secara cerita dari mulut ke mulut dan agak terbatas penyebarannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Ledakan ICT seperti Facebook dan WhatsApp memberi banyak kesan positif dalam membantu mempromosi dan meluaskan pemasaran. Semua aktiviti hanya dilakukan di hujung jari.
Ilmu yang diajar oleh petugas PEDi dalam memanfaatkan ICT dan perkhidmatan yang ada di PEDi seperti komputer, internet, pencetak dan kelas keusahawanan banyak memberi pengetahuan baru dalam berniaga.
Antara Bengkel Latihan ICT / Keusahawanan yang dihadiri
Produk/Hasil Transformasi
Nama : Syukrina Binti Wahi
Umur : 20 Tahun
Tel : 014-9572573
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Syukrina, lepas Kolej Tingkatan 6 dan menyambung pengajian di Pusat GiatMara Saratok jurusan Jahitan. Aktif mengikuti program anjuran Pusat Internet dan sering menggunakan komputer dan internet di PEDi untuk mengisi peluang pengajian dan pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pengetahuan dan penggunaan ICT yang merangkumi pengetahuan asas yang dipelajari dari kawan-kawan dan pendidikan IT di sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Banyak ilmu ICT walaupun asas yang boleh dipelajari. Pernah mengikuti Krusus Literasi ICT selama 2 hari anjuran Pusat Internet dengan kerjasama Pusat GiatMara Saratok sebagai salah seorang peserta. Banyak ilmu baru yang mudah namun berguna dapat dipelajari.
Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri
Nama: Sylvia Binti Abdullah
Umur: 39 Tahun
No Tel: 019 4687701
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Menjadikan jualan kek asli Sarawak iaitu Kek Hati Parek dan Kek Buah, Karipap Frozen dan Kacang Botak sebagai sumber pendapatan sampingan. Penjualan dihantar ke kantin tempat beliau bertugas. Tempahan dibuka pada musim perayaan untuk rakan-rakan sekerja selain kenalan dan ahli keluarga.
Mula aktif membuat promosi di FB sejak setahun yang lalu apabila hasil jualan mula dikenali. Permintaan dan tempahan juga mula menampakkan hasil.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Jualan dan promosi terhad. Hasil juga terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Penggunaan ICT dalam meningkatkan aktiviti jualan dan promsi menjadi lebih mudah, cepat dan berkesan.
Latihan dan bimbingan Pi dalam memberi Latihan Asas Keusahawanan banyak memberi ilmu baru dalam mengembangkan lagi perniagaan terutama dalam aktiviti promosi.
Antara penglibatan beliau dalam bengkel keusahawanan dan aktiviti Pi
Produk/hasil tranformasi
Nama: Noor Baithy Binti Masini
Umur: 36 Tahun
No Tel: 019 – 8295501
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Mula berniaga Kek Lapis ketika masih bersekolah dalam tingkatan 5 dan hanya menerima tempahan ketika musim perayaan. Kerana minat dan kesungguhan, beliau mula menjual secara
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Jualan dan aktiviti promosi berlaku secara pesanan dengan berjumpa. Tempahan juga dibuat menggunakan talian telefon. Memandangkan aktiviti perniagaan yang beliau jalankan tanpa kedai tetap, aktiviti jualan dan promosi berlaku dengan perlahan. Ilmu perniagaan pun hanya terhad kepada menjual.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Penggunaan ICT benar-benar membantu beliau meluaskan aktiviti perniagaan apabila aktiviti jualan dan promosi boleh dilakukan di Facebook. Sejak 3 tahun yang lalu, aktiviti jualan dan promosi giat beliau lakukan di media sosial tersebut hingga tempahan yang beliau terima tidak hanya Saratok.
Kelas Asas Keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PEDi juga banyak memberi idea perniagaan untuk lebih menarik. Lebih bermakna apabila Logo dan Stiker untuk dilekatkan di produk yang dihasilkan adalah hasil idea yang beliau sendiri reka dan cipta atas tunjuk ajar oleh pihak PEDi.
Antara penglibatan beliau dalam bengkel keusahawanan dan aktiviti Pi
Produk/hasil tranformasi
Nama :Jasmin Iryani Binti Jamuri
Umur :18 Tahun
No Tel :013 – 5797519
Kisah Kejayaan
Latar belakang
Jasmin Iryani mula menjadi ahli PEDi Fort Renee ketika mengikuti Program ICT anjuran PEDi Fort Renee dengan kerjasama LAKIS Saratok pada 2016 yang lalu. Minat beliau untuk mengikuti kelas dan aktiviti anjuran PEDi didorong oleh peluang yang diberikan selain tunjuk ajar oleh petugas. Selain itu, porgram ICT bercorak pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah yang berbaloi anjuran PEDi juga membuat beliau tertarik untuk menyertai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pengetahuan dan penggunaan ICT yang merangkumi pengetahuan asas yang dipelajari dari kawan-kawan dan pendidikan IT di sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
PEDi banyak memberi khidmat dan perkhidmatan berupa latihan, aktiviti dan program ICT serta penggunaan lain-lain peralatan seperti komputer dan internet, cetakan, fotokopi dengan harga yang murah. Kelas dan aktiviti yang dianjurkan juga percuma dan lebih banyak ilmu pengetahuan ICT boleh dipelajari.
Peluang untuk mengikuti kelas mengikut kemahuan peserta amat diambil berat oleh petugas agar pengisian kelas sesuai dengan apa yang peserta mahu pelajari. Petugas juga sering mengingatkan kami pelajar khususnya untuk menggunakan internet secara bijak, berwaspada dan bertanggungjawab agar tidak disalah gunakan.
Pelbagai pertandingan berasaskan ICT yang dianjurkan oleh pihak PEDi juga boleh disertai. Hadiah yang ditawarkan juga menarik dan berbaloi.
Antara bengkel dan kelas yang disertai