Latar belakang
Puan Norlelawati merupakan seorang peniaga yang berniaga burger. Stall jualan burger Puan Norlelawati bertempat di hadapan rumah beliau. Perniagaan burger yang beliau usahakan sudah menjangkau 20 tahun.
Selain menjual burger, Puan Norlelawati juga menghasilkan kek hari jadi, kek cawan dan brownies untuk dijual. Perniagaan yang beliau usahakan adalah secara kecil-kecilan namun tetap mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Oleh kerana pengalaman berniaga yang agak lama, NADI mengajak beliau meluaskan perniagaan secara online iaitu mempromosi, menjual dan membuka tempahan secara atas talian di laman media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Aktiviti jualan dan mempromosi produk jualan secara biasa, tradisi secara bersemuka selain dari mulut ke mulut. Agak terhad dari segi perkembangan dan menyebaran info tentang yang diniagakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
NADI membantu mempromosi dan mengajar cara untuk mempromosikan jualan secara atas talian. NADI juga menjemput Puan Norlelawati untuk berkongsi pengalaman dalam bidang perniagaan serta produk yang diniagakan kepada komuniti dengan cara mengajak Puan Norlelawati untuk menjadi tenaga pengajar dalam mendeko Cupcake di NADI Fort Renee.
NADI turut mempelawa Puan Norlelawati untuk mengikuti Kelas Keusahawanan yang dijalankan di NADI untuk mengasah kemahiran keusahawanan beliau.