Latar belakang
Puan Siti Safarida telah lama menjual pelbagai makanan dan kuih muih untuk minum petang seperti cucur ayam, cucur pisang, karipap, popia goreng, kuih penyaram, kuih donut dan banyak lagi. Kesemua kuih muih tersebut merupakan hasil air tangan beliau sendiri. Selain kuih muih, beliau juga ada menjual pelbagai jenis minuman ais blended. Antara waktu beroperasi bagi stall Puan Siti Safarida ialah pada pukul 1.00 pm hingga 6.00 pm. Puan Siti Safarida membuka stall dihadapan kediaman beliau sendiri. Bagi memperluaskan lagi perniagaan, Puan Siti Safarida juga akan menyertakan diri dalam jualan secara booth di acara keramaian seperti Regatta dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Aktiviti jualan dan promosi produk makanan hanya berlangsung secara seperti biasa iaitu jualan secara terus di kedai. Terhad secara aktiviti berniaga seperti biasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Aktiviti jualan dan promosi berubah mengikut peredaran semasa. Penggunaan media sosial digunakan secara meluas untuk mempromosi produk jualan. Juga membuka tempahan dan perkhidmatan COD.
Mengikuti Latihan Keusahawanan di PEDi untuk meningkatkan kemahiran keusahawan.