Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Ketiga Suku Tahun Ke 4 (2020)

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Puan Azianiza telah lama menjadi ahli PIK Fort Ranee namun masih kurang penglibatan dalam aktiviti anjuran PIK lantaran kurang kesedaran mengenai aktiviti yang dianjurkan. Mujurlah adanya Program Keusahawanan yang dianjurkan iaitu Pertandingan Keusahawanan Online pada bulan Ogos yang lalu, memberi peluang untuk beliau terlibat dengan aktiviti anjuran PIK Fort Ranee.

Merupakan seorang peniaga kecilan dalam produk kecantikan dan kesihatan, beliau memulakan langkah sebagai seorang peniaga. Memupuk minat dengan mempelajari kemahiran keusahawanan atas talian secara asas di PIK , merupakan satu pembelajaran baru buat beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menggunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp untuk mempromosi produk jualan. Sering memuat naik iklan di Facebook dan satus WhatsApp. Belum pernah mengikuti latihan dan program keusahawan anjuran Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Mula mempelajari penjualan di Shopee dengan mengikuti kelas anjuran Pusat Internet. Mempelajari cara untuk membuka kedai di Shopee dan mempromosi produk jualan.

Menerusi aktiviti dan program anjuran Pusat Internet, Puan Azianiza boleh berkongsi idea dan ilmu baharu bersama peniaga lain untuk menambah ilmu pengetahuan dalam berniaga.