Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Ketiga Suku Tahun Ke 1 (2021)

Latar belakang

Puan Kamisah telah lama menjual pelbagai makanan seperti nasi, mi dan lauk-pauk. Aktiviti menjual pelbagai menu makanan merupakan sumber pendapatan beliau untuk membantu suami menyara perbelanjaan keluarga.

Hingga 2021, beliau dan keluarga memiliki dua buah kedai makan yang beroperasi pada waktu yang berbeza iaitu:

  1. Stall makan menumpang di kedai minum beroperasi pada sebelah pagi.
  2. Kedai makan kongsi bersama adik beliau dibuka dihadapan rumah kediaman beliau sendiri beroperasi pada sebelah malam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Aktiviti jualan dan promosi produk makanan hanya berlangsung secara seperti biasa iaitu jualan secara terus di kedai. Terhad secara aktiviti berniaga seperti biasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Aktiviti jualan dan promosi berubah mengikut peredaran semasa. Penggunaan media sosial digunakan secara meluas untuk mempromosi produk jualan. Juga membuka tempahan dan perkhidmatan COD.

Mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran keusahawan.