mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Kedua Suku Tahun Ke 4 (2020)

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Puan Chindu merupakan seorang petugas di Pejabat Daerah Saratok dan pernah menjadi Kisah Kejayaan PIK Fort Ranee dalam tahun 2016. Seorang peniaga yang aktif dalam penghasilan kraftangan dan menjalankannya bersama keluarga.

Pernigaan yang beliau usahakan turut mendapat sokongan daripada suami beliau apabila suami beliau turut menjadi agen menjual produk kraftangan yang dihasilkan.

Merupakan seorang usahawan yang gemar dan suka mencuba sesuatu peluang perniagaan yang baru. Terbaharu, beliau mengikut Program Keusahawanan Online (Shopee) anjuran PIK Frt Ranee.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Telah mengikuti kelas Asas Keusahawanan (perniagaan online) di PIK Fort Ranee dan sering mengikuti pertandingan serta pameran keusahawanan Pernah mempelajari menggunakan media sosial Facebook & WhatsApp untuk mempromosi dan menjual produk jualan. Asas perniagaan secara online di media sosial dipelajari di Pusat Internet dan telah mulai dipratikkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Terbaharu, beliau mengikuti Pertandingan Keusahawanan Online anjuran PIK Fort Ranee iaitu belajar dan menggunakan Shopee sebagai tapak untuk menjual produk. Tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan oleh pihak PIK Fort Ranee telah membantu beliau membuka kedai dan menjual online di lapangan besar perniagaan di Malaysia, iaitu Shopee.

Kesungguhan, semangat dan kerjasama beliau mempelajari sesuatu yang baru dan besar amat bermakna untuk PIK Fort Ranee dan untuk beliau sendiri.