Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Kedua Suku Tahun Ke 1 (2021)

Latar belakang

Puan Noorlizawati mula mengambil tempahan menjahit pakaian sejak tahun 1998. Belajar menjahit daripada ibunya dan di Pusat GiatMara Saratok. Mengambil tempahan menjahit sebagai sumber pendapatan untuk membantu suaminya dalam perbelanjaan untuk keluarga.

Bermula penghujung 2020, beliau mula berkecimpung menjadi agen Dropship Pakaian jenama Sabella.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Aktiviti jualan dan promosi untuk jahitan yang beliau usahakan hanya dibuat secara manual dan terhad bagi yang mengenalinya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Mula berminat dengan perniagaan pakaian secara dropship dan menggunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp sebagai medium promosi