mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

Aktiviti keusahawan dalam Saratok memang merupakan aktiviti yang popular penglibatannya oleh komuniti di sini sama ada golongan lalaki mahupun wanita. Aktiviti keusahawan juga merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin meningkatkan sosio ekonomi. Maka tidak hairanlah wujud ramai peniaga-peniaga kecil dalam Saratok.

Golongan Peniaga-Peniaga Kecil Berjual Di Gerai Yang Disediakan Oleh Pihak Majlis Daerah Saratok

 

Pengusaha Kerepek

Haji Saraie Bin Ismail

Tuan Haji Saraie berusia 66 tahun dan telah mengusahakan peniagaan kerepek secara kecil-kecilan hampir 6 tahun. Selain itu, beliau turut mempunyai produk makanan tradisional Saratok bagi menambahkan pendapatan beliau iaitu rempeyek, kuih cap, muruku dan kerisik. Beliau turut menerima bantuan mesin, kuali dan dapur daripada pihak IADA sebagai peserta Projek kerepek. Kerepek ubi dan pisangnya hanya dikenali penduduk tempatan dan setempat sahaja.

Signboard Disediakan Oleh Pihak IADA

   

Kuih Tradisional Yang Dihasilkan