Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti & Kelas Sepanjang Februari 2023

Nama program : Kelas & Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak
Tarikh

 4, 5, 9, 11, 14, 19, 20 & 26 Februari 2023 

Masa : 1 jam untuk kelas dan ‘open view kempen di FB page’ 
Tempat

: Facebook page PEDi Fort Renee dan Bilik Latihan ICT PEDi        Fort Renee

Peserta

: Pelajar Sekolah dan Komuniti Facebook

 

Tujuan:

  • Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak)
  • Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
  • Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
  • Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

 

Penerangan:

 
  • Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Fort Renee.
  • Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail.
  • Peserta boleh memberi maklum balas dengan perkongsian yang pertugas berikan.dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung.
  • Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Fort Renee dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Nama program

: Kelas Keusahawanan (Kemahiran Keusahawanan & Costing)

Tarikh

: 4, 5, 18, 19 & 26 Februari 2023

Masa

: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari, 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat

: Bilik Latian ICT PEDi Fort Renee 

Peserta

: Pelajar sekolah, Belia 

 

Tujuan:

 

    • Mengajar peserta Costing for Business.
    • Mengajar peserta menghasilkan produk jualan melalui aktiviti memasak berpandukan video masakan di Youtube.
    • Mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan dengan kerjasama NZ Bunga Training & Consultant.
 
 

Penerangan:

  • Kelas dijalankan secara bersemuka.
  • Kelas secara offline dijalankan di Bilik Latihan ICT PEDi Fort Renee.
  • Mengajar peserta yang mengikut kelas keusahawanan yang diadakan dengan tajuk berkenaan.
Nama program

: Kelas ICT (Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Microsoft office & Multimedia)

Tarikh : 4, 6, 7, 8, 9 & 15 Februari 2023
Masa

: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari,  2.30 petang – 4.30 petang &

  3.30 petang – 4.30 petang

Tempat

: Bilik Latihan ICT PEDi Fort Renee

Peserta : Pelajar Sekolah  & Belia

 

Tujuan:

 

  • Mengajar peserta menghasilkan Jigsaw Puzzle Bergambar menggunakan Microsoft Powerpoint .
  • Mengajar peserta latihan menaip, menformat dan mengedit untuk menghasilkan poster perkongsian.
  • Mengajar peserta Mencari dan memuat turun gambar di internet. Mengedit gambar agar bersesuaian dengan poster yang dihasilkan
  • Mengajar peserta Mengenali peralatan komputer dan fungsinya
  • Mengajar peserta Latihan menaip, menformat dan mempelajari fungsi tool bar.
  • Mengajar peserta Menghasilkan video pendek, step-step memasak dengan aplikasi Canva
  • Mengajar peserta membuat pengubahsuaian teks seperti menyalin, menampal, tukar saiz tulisan, jenis tulisan, tebalkan, gariskan, condong dan sebagainya.

 

Penerangan:

  • Kelas dijalankan secara online dan offline.
  • Kelas secara offline dijalankan di Bilik Latihan ICT PEDi Fort Renee.
  • Mengajar peserta yang mengikut kelas ICT yang diadakan dengan tajuk berkenaan.
 
 


Gambar Aktiviti Sepanjang Bulan<<<< Klik Di Sini