Laporan Aktiviti

Kelas & Aktiviti Sepanjang Mac 2021

Nama program : Kelas & Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak
Tarikh : 1, 19, 20, 21, 23 & 24 Mac 2021
Masa : 1 jam untuk kelas dan ‘open view kempen di FB page’
Tempat

: Bilik ICT PIK Fort Ranee (kelas offline), Group                 WhatsApp dan Page Facebook PIK Fort Ranee           (kelas & kempen online)

Peserta

: Pelajar Sekolah, Lepas Sekolah dan Komuniti                    Facebook

Tujuan:

  • Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai tapik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
  • Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
  • Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
  • Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
 
Penerangan:
  • Kelas dijalankan secara offline bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Internet Komuniti Fort Ranee.
  • Kelas secara atas talian dijalankan di aplikasi WhatsApps Group bersama belia lepasan sekolah menengah.
  • Kelas offline: Tayangan video, ceramah dan huraian.Taklimat tentang topik advokasi.
  • Kelas online: Perkongsian tips dan info bergambar dan video diberi oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail.
  • Peserta boleh memberi maklum balas dengan perkongsian yang pertugas berikan.dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung.
  • Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Internet Fort Ranee dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

 

 

Nama program : Kelas Kusahawanan
Tarikh : 21 Mac 2021
Masa : 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat

: Bilik ICT PIK Fort Ranee

Peserta

: Pelajar Sekolah

 

Tujuan:

  • Mengajar peserta menaip data dalam Excel.
  • Mengajar peserta membuat pengiraan data dengan formula di Excel.
 
Penerangan:
 
  • Peserta diajar menaip data ke dalam Excel menjadikannya sebuah maklumat belanjawan yang lengkap.
  • Peserta diajar membuat pengiraan dengan menggunakan formula pada Excel.
 
 

Nama program : Kelas Microsoft Office, Asas Teknologi Maklumat        & Komunikasi, Website dan Multimedia
Tarikh : 1, 20 & 21 Mac 2021
Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang
Tempat

: Bilik ICT PIK Fort Ranee

Peserta

: Pelajar Sekolah dan Wanita

Tujuan:

  • Membuat latihan mengajar peserta untuk:
  • Latihan menaip, mengedit dan menformat menggunakan fungsi pada tol bar.
  • Menghasilkan jadual dengan tool bar. 
  • Menggunakan egen carian Google.
  • Mencari gambar di internet.
  • Mengedit gambar.
  • Menggunakan aplikasi di tool bar membuat menjadikan animasi.

 

Penerangan:

 
  • Kelas dijalankan di Pusat Internet Komuniti Fort Ranee.
  • Peserta diajar mengikut tajuk pembelajaran ICT berkenaan.