mcmc
Laporan Aktiviti

Literasi ICT & Cakna Kesihatan Pusat Internet Fort Renee 2019

Nama program : Literasi ICT & Cakna Kesihatan
Tarikh : 16 Disember 2019
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Tempat Letak Kereta Bawah Bukit Pusat Internet Fort Renee
Peserta : Komuniti

Tujuan :

Melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan selain mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti Kampung, agensi, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Penerangan :

No

Activity(s) / Aktiviti

Description / Penerangan

Target / Sasaran

1

Bengkel Keusahawanan & Pertandingan Artikel

Diberi pendedahan berkenaan

  1. Suntingan Imej Produk
  2. Mencipta Kad Perniagaan
  3. Menghasilkan Artikel

Belia

2

Kuiz Advokasi & Kesihatan Online

Diberi taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak dan tentang kesihatan secara am. Kemudian menjawab kuiz dengan permainan Kahoot.

Pelajar

3

Cabaran Kurus 7 Hari

Penyertaan dibuka kepada yang mahu menyertai. Peserta diminta mendaftar dan menimbang berat pada 9 Disember. Pada 16 Disember, peserta menimbang semula berat dan peserta yang turun paling banyak KG dari berat asal dinobatkan sebagai pemenang.

Belia

4

Pertandingan Gubahan Buah-Buahan

Dibuka penyertaan kepada sesiapa yang beminat. Gubahan buah-buahan adalah perlu digubah di rumah dan dibawa ke tapak program pada hari pertandingan.

Belia

5

Sukaneka Berkumpulan

Penyertaan dibuka untuk 6 buah kumpulan dan setiap kumpulan perlu ada 5 orang ahli. Sukaneka yang dimainkan ialah:

  1. Menganyam Ketupat
  2. Bawa Gula Guna Copstik
  3. Pasing Getah Guna Straw
  4. Bawa Belon Celah Kaki
  5. Makan Biskut

Belia

6.

Saringan Kesihatan

Dikendalikan oleh pihak KOSPEN Kpg Melango Lot Saratok dengan kerjasama pihak Pusat Internet Fort Renee

Pengujung & Peserta

7.

Derma Darah

Dikendalikan oleh pihak Makmal Hospital Saratok

Pengujung & Peserta

8.

Pameran

Disertai oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan KOSPEN Kpg Melango Lot Saratok

Pengujung & Peserta

9.

Cearamah

(Dadah dan Keselamatan)

Disampaikan oleh Encik Sapini bin Jalani, Ketua Pegawai  Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Betong dan Inspektor Amran bin Zawawi, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Saratok.

 

Pengujung & Peserta

       

DETAILS OF SUPPORTING  ACTIVITY(S) / BUTIRAN AKTIVITI SAMPINGAN

No

Activity(s) / Aktiviti

Description / Penerangan

Target / Sasaran

1

Memanah

Dikendalikan oleh pihak Archery Saratok. Aktiviti memanah dibuka bagi pengunjung termasuk peserta program yang berminat untuk mencuba sukan memanah ini.

Pengujung & Peserta

Gambar Sepanjang Porgram  <<<< Klik Disini